them

Thursday, September 12, 2013

Nasihat dari seorang kakak :')





Assalamualaikum.

Kat tempat kerja, aku pekerja paling muda. kiranya kawan kerja aku semua pangkat  kakak-kakak,abang dan pakcik lah. aku je sorang budak 18belas tahun.

Hikmah disebalik dapat  kerja dengan orang yang lebih berumur. Diaorang pandai mengajar dan bagi nasihat.

Tuu yang aku suka sangat.
cakap lah apa masalah, keraguan kerungsingan. kakak-kakak ni mesti ada idea nak tolong.


Hari ni.

Aku tetiba rajin je nak tolong kak ijan bersihkan tempat buat waffles.
nak buat sesama.
aku tak tahu kenapa pada mulanya..
tapi aku dah tahu ape hikmahnye.

Masa aku tengah bersihkan sesama benda tu dengan kak ijan, kita orang berbual-bual lah. macam-macam lah.. ada jugak kita orang bual2 pasal mak aku. Kak ijan tahu, mak dah seminggu lebih kat hospital,masih tak dapat buat kimo sebab bacaan darah mak xbaik.
ahad ni aku mintak cuti, nak pergi tengok mak kat hospital klang..
Tetiba je.. kak ijan cakap.

"Najwaaa. yang paling penting kau kena redha "

Masa tuu. Kak ijan pandang muka aku dan senyum..

Allah je tahu betapa sayunya hati aku masa tu.
aku try tak nangis.

"kita memang tak mintak benda tu terjadi.. tapi akak nak kau kuat , mulai dari sekarang"

okay, masa ni aku dah tak tahan. aku faham apa kak ijan cuba sampaikan. 

"entah kak.. orang takut.. "

Benda ni lah aku paling takut sekali. aku tak nak mak pergi.. 

masa aku cakap ayat tuu. aku tak mampu nak pandang muka kak ijan. air mata aku dah bergenang dah.
aku tunduk je. try senyum. tak tahu lah aku nampak  tersenyum ke takk. 


"Akak tahu, akak dah rasa semua tu.. Lepas je mak akak meninggal, akak jadi kuat, akak belajar buat semuanya sendiri.. kalau tak sebelum ni.. semua mak akak.."

"akak kata kat diri akak.. takpe nanti akak jumpa balik mak akak.. tinggal lama atau capat jee "



aku nangis dah. nasihat akak betul-betul tinggal kesan kat hati orang..

kak, orang cuba jadi kuat dari sekarang..
sekuat akak..
walaupun orang tak nak semua tu berlaku..

orang betul-betul berterima kasih kat akak sebab sudi bagi nasihat membina macam ni.


Allah uji kau dengan dugaan ni sebab dia tahu kau mampuu..


Ya Allah. kau sembuhkan lah penyakit mak,
Kau panjangkan lah umur mak,
sesungguh nya aku tak mahu kehilangan mak,
insan yang paling aku sayang,
kau tabahkan lah hati aku menerima ujian dari muu 


Aminn.

Doakan kesihatan mak ya. terima kasih yang tak terucap :')





Monday, September 2, 2013

naik 20 sen.dan penatt :3




Assalamualaikum ^^
selamat menyambut hari kemerdekaan. <3  (sorry lambat)
selamat menyambut hari pertama harga ron95 and diesel naik 20 jugak yo :3
kira ron95 sekarang jadi RM2.10 dan Diesel jadi RM2.00 seliter.
yuhuu.

harga minyak naik.
pasal benda ni semalam lah.
aku kena kerja dari pukul 10pagi sampai pukul 12 malam   T______T .
sepatutnya dari pukul 10 sampai 6 petang jeee.
ahaks.
nak cakap penat tak terungkap penatnye.

pada awalnya bila bos call petang smlm cakap harga minyak mungkin akan naik. aku macam okeh je.
(maklumlahbelum berlesen dan bkereta)

then akak tenpat kerja pulak risau.
aku ingat risau pasal harga naik. yela nanti kos pembelanjaan harian naiklahkan.
Rupanya baru aku tahu bila harga minyak naik jee.
rakyat malaysia akan berduyun-duyun datang tuang minyak.
tu yang akak kerja risau kan. diaorang pernah rasa dan dah tahu penatnye macam mana.

seeeesungguhnye semalam aku sampai takut nak jaga kaunter tu.
kelam kabut gila.
pukul 8 lebih je.
kepala aku dah sakit. 
bayangkan lah bos punya pam ada 12.
bila masing2 mintak full.
masing2 berebut bayar even kereta dia belum sampai giliran.
dengan yang nak beli jagung. waffles.
huuu.
nasib baik kebetulan aku cuti hari ni. kalau tak nak pergi kerjaaa. -___-

bila dah lepas je 12 malam . aku stil belum dapat balik.
kena jaga pam pulak.
tahan kereta jangan tuang minyak dulu sekejap.
sebab nak set harga minyak baru, nak kira kira lagi. selagi ta habis kira segala resit yang extra banyak semalam shift ta dapat tutup.
dan akhirnyaaaa.
aku sampai je rumah pukul 12.25 am.