them

Friday, January 17, 2014

Hanya Allah sahaja yang tahu.

Assalamualaikum.

Sabtu.
13/10/2013.
2.50pagi.

Hospital tengku  ampuan rahimah klang.

Pada hari tu la, tarikh tu la, masa tu la, dan kat tempat tul la..

Mak menghembuskan nafas yang terakhir..

tak ada kata yang mampu aku gambarkan, betapa sedihnya aku masa tu.

bila  kain langsir diselak, aku nampak mak. ye mak..

mak yang melahir kan aku.

mak yang selama ini menjaga aku..

mak yang insan yang paling aku sayang, terbaring kaku..,

aku jerit. aku marah doktor suruh buat something kat mak. semua kat situ mendiam kan diri, ape yang aku dengar cuma tangisan aku sendiri.. dan rintihan along panggil mak.

aku seakan akan tak percaya, mak dah pergi meninggal kita orang.

aku pandang muka mak. luluh hati aku tengok mak, tuhan sahaja yang tahu.
ketika tu aku tak mampu berdiri lagi.

aku melutut sambil menangis.

lemahnya aku ketika tu. aku terpaksa bergerak menghampiri katil mak dalam keadaan melutut sebab kaki aku tak mampu nak berdiri lagi. nak berjalan.

lama aku pandang kaki mak, aku takut nak pegang mak.. aku takut badan mak dah jadi sejuk.. sebolehnya aku masih berharap mak masih hidup. seakan tak mau terima kenyataan

aku gagah kan jugak hati pegang kaki mak. masa tu, badan mak xsejuk.. badan mak masih hangat, tak macam yang aku rasa semasa cium arwah datuk dulu.

dari kaki aku beralih ke tangan.. akhir sekali ke wajah mak.

Sepanjang aku hidup aku pernah rasa sedih sangat..tapi aku tak pernah sangka perasaan tersangat sedih melihat muka mak ketika tak benyawa boleh seteruk ni. aku tak tahu nak gambarkan macam mana

sumpah aku tak kuat nak tatap wajah makk.
ape aku buat duduk pandang tangan mak dan menangiss..sebelah mak.

sepanjang tunggu abah sampai dari melaka, aku dan along je yang ada kat klang, tak lama lepas tu abang sepupu aku datang, along ng abang xbagi aku nangis.

Ya Allah. ape kan daya aku sungguh pun aku cuba tahan, air mata aku tetap mengalir.

Bila abah smpai je klang, along langsung tak bagi aku mengis, jangan menaglir pun air mata tu. along kata kesian dekat abah..aku cekal kan hati. aku duduk dekat katil sebelah katil mak. aku tahan air mata. aku nampak abah masuk wad, jalan kearah kita orang. abah tersenyum nipis bila pandang pandang aku. aku diam.


bila abah sampai je kat mak..

"atie..." lembutnye suara abah panggil mak. hancur hati aku dengar. aku nampak abah nangis. aku tahu hati abah pun hancur sama. abah yang paling lama hidup dengan mak.

lepas berapa hari mak pergi pun, setiap malam sebelum tidur aku tengok muka abah tengah baring.. aku masih terdengar panggilan abah masa panggil mak tu..

sedihnyee aku.

Bila mak, kita orang semua sampai melaka. aku tengok semua menangis, semua datang peluk aku.. aku tahu semua cuba bagi kekuatan kat kita orang adik beradik. aku nampak kawan -kawan sekolah aku. aku tak sangka diaorang semua datang sungguh pun ada yang tak rapat dengan aku. aku cuba senyum.


sementara tunggu kubur siap. aku tak mampu pun nak duduk dekat dengan mak, aku cuma duduk dekat dengan kaki mak. aku sedih sangat sangat. aku tak kuat macam along macam akak, nak duduk sebelah wajah mak. lemahnye aku.

bila nak mandi kan mak, aku pergi jugak. even aku tak pandai, aku masih nak aku dan along, akak yang mandi kan mak.. along dia tahu.. disebabkan aku tak tahu.. dan aku xnak mak sakit, aku cuma siram air dan gosok bahagian kaki  mak sikit sikit je.selebihnye along, akak dengan mak cik surau tu yang buat. sepanjang mandi, aku dengar along berbual dengan mak.. sedih kann. along cakap " mak kita mandi ye ".

selesai je mandi, mak dah nk gerak g kubur, kubur dengan rumah tak jauh pun.. kubur mak sebelah kubur atuk.
abah cakap dulu mak pernah cakap ng abah yang kalau mak pergi, dia nak kat sebelah atuk..