them

Friday, May 31, 2013

Teka teki adik aku :3

Salam petang. cuaca panas niy. so xde aktiviti yang larat nak nak wat  dalam cuaca begini. aku lebih memilih untuk update blog. 

Back to tittle.

Adik: Akak wa, tikus apa yang jalan guna dua kaki? :)

Akak wa: hmm? -.-  argh xtahu

Adik: jawapan dia ialah mickey mouse!

then aku rasa macam.. *-* ceh!

Adik: akak wa banyak2 itik,itik apa jalan guna dua kaki? :)

Akak wa: DONALD DUCK KANN!!! :D
dengan konfident aku jawab!

Adik: harhar.. salah.. SEMUA ITIK JALAN GUNA DUA KAKI! xD

Hampeh je!

Wednesday, May 29, 2013

kerjaya mulia.

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Bila la tarikh last diupdate blog sepi ni ye? :3

even tak sambung belaja lagi,still xada masa nak layan.

okay, berbalik kepada tajuk entry malam ni KERJAYA MULIA.

Hati ni nak sangat-sangat update pasal kerjaya seorang doktor dan jururawat.

Hari ni baru sampai melaka.
Dari klang,selangor.
HTAR, Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Tiga hari dua malam duduk sana.
Jadi peneman mak,yang menjalan kn rawatan disana.

Bila dah duduk kat hospital, baru jelas pandangan mata aku ni..
penat sungguh jadi doktor dengan jururawat ni..

Namun,sungguh.. doktor dan jururawat di wad 2A hospital disini sangat baik. tak ketinggalan jururawat pelatih yang bagus.

Doktor pakar,Dr Ragu
beliau sangat berjasa kat kita orang sekeluarga.
Setiap tutur katanya.. senyumannya.. kprihatinan nya.. sangat menyenangkan hati.

pernah satu hari
Abah sedang jalan masuk ke dalam wad dan doktor ragu,dalam perjalanan ke OT,nak opret orang.. agak suntuk masa beliau pada hari tu,namun.. bila berselisih dengan abah, then abah senyum  dan ambil kesempatan untuk bertanyakan kesihatan mak.. beliau sedikit pon tidak menolak dan masih bermanis muka melayan dan menerangkan kepada abah dengan cara yang sopan dan teliti. masih boleh tersenyum dan ketwa. beliau sungguh menghormati pesakit dan keluarga pesakit. sungguh mengharukan.

Bukan setakat Dr Ragu.. bahkan MO kat sana semua sangat baik.

Dua orang doktor bebangsa india yang tegas dengan doktor pelatih,tetapi sangat ramah dengan pesakit.

satu daripadanya.. aku gelar beliau sebagai doktor cantik. :)

Doktor cantik..
hehe.. mak je faham kalau wa cakap,mak doktor cantik dah datang.. :)

Doktor cantik sangat cantik bila tersenyum.. barisan giginya yang rata tu lah rahsia nya.. ehe,

" kamu kena layan pesakit macam keluarga kamu,barulah kamu akan faham kesakitan yang dirasai pesakit "

KATA-KATA KERAMAT DOKTOR CANTIK pada seorang doktor pelatih..

Wednesday, May 15, 2013

kisah cinta

Assalamualaikum.
Aku memang peminat cerita naruto.

first tengok  setakat tengok je. bila lama-lama..
dah terpikat pulak.

Sebuah cerita katun yang bertemakan persahabatan dan kasih sayang.



kisah cinta perents naruto.
serius.
aku terharu.

beruntung kushina >mak naruto<
dapat someone yang sangat cool dan caring.


















minato sangat ohsem.
seorang yang penyayang.
tersangat penyayang. :')

Dear future husband.
i really hope that you'll  be like naruto's father.
do really care bout me.
do really love me.
and keep saying..











































Amin.

Thursday, May 9, 2013

Bestfriend

Assalamualaikum.








Hehe. okay.. kalau korang nak gelak macam aku gelak sekarang.. sila kan. :3

Bila on je acc facebook. check noty dgn perasaan biasa-biasa je.then..
bila nampak je budak tembam ni tag nama then tulis macam ni.

terus TERGELAK! :D


ehe, ada ade je taw dia ni. kalau nak tahu dialah kawan baik terbaik yang aku kenal dari tingkatan satu. :)

kenal kan. Nathra binti Nordin.


haa.. awek cun tu lah nathra.

kalau korang nak tahu. ayat yang dia selalu cakap kat aku ialah.

PIPI WAWA BULAT MACAM TELUR. T^T

ehe, tahun berganti tahun, mesti dia akan cakap kat aku ayat tu. :)

xpernah bosan. hehe :D

kadang-kadang aku terfikir gak.
bulat macam telur. :3
ehhh.. better dari bulan macam pau! :D


Idoloveyou awak :)




Sunday, May 5, 2013

Malam minggu :3

Assalamualaikum. salam sejahtera. (:



sengaja lukisgambar di atas ni. setakat habis kan masa.
sekadar  perkongsian.

 YOU ONLY LIVE ONCE,
BUT IF YOU DO IT RIGHT,
ONCE IS ENOUGH, :)




sepanjang hari ni bosan. Awal pagi tadi bangun tidur dengan perasaan nak menyambut hari raya :3 hew. just hari mengundi hari ni. 

tak sabar nak jadi pengundi. :')

so menjelangkan ke tengah hari and petang,malam.

rasa mula bosan. 
dan lapar je -.-

oleh yang demikian terhasil lah karya budak lapar.

gambar tu semua melibatkan makanan yang meleleh air liur den.
huu.. huu..

sekarang berat badan rancak naik.
er.
dengan jayanyee :3



Tolong doakan saya berjaya turunkan berat badan kay?
            terima kasih :')



hi awak :)
baca dah?
maceh ye :')

Saturday, May 4, 2013

Pantai puteri



 saya mula kan dengan ucapan. SELLAMAT MENGUNDI. :D
ehe, buat lah pilihan yang tepat. 

tajuk post. 
PANTAI PUTERI?
then kenapa baca surat khabar?

hehe.
satu mei. hari pekerja kan. dan kawan saya, Aini telah memilih tarikh ni sebagai tarikh perjumpaan semula kita orang dengan budak kelas.


okay. yang comel tu Manda.
kawan sejak form 3.

yang merah menyala tu lah Aini yang telah dinyatakan di atas tadi.
dan yang bertudung hijau tu.. kawan baik Aini. Amirah.
jiran saya. kita orang sekampung. :3


Dari kiri, syira. Manda, intan-yang biru t pulak Sai. Aini.Mira.Zura and .. aku :D

hm? aku paling pendek? tu hakikat. -.-


apa yang digelakkan pon tak pasti :3

Manda.
Masih dalam usaha mempamer kan kecomelan. hehehe :D

diapit oleh dua beradik. Aini and Azani.


Ain and Zura. kawan baik. kuat bergaduh sesama sendiri sejak Zaman sekolah lagi. 
ehe, doakan kebahagiaan diaorang kay? :D



kenapa muka aku mcam tu.
sebabnyee.. baru lepas game. meh bia jelas.

Game dia macam ni. bahgikan dua kumpulan. 
setiap ahli kumpulan diberikan .

1.coklat- wawa dapat*
2.limau
3.air mineral sebotol
4.air gas setin
5.air kotak sekotak
6.biskut ade  coklat.
7.telur rebus.

silakan buat barisan lurus. 

Arahan: sila habiskan apa yang korang dapat and dah habis buat bunyi 
member seterusnya kena sambung. kumpulan mana habis dahulu. kira menang!

dan selama hampir 18 tahun hidup belum pernah aku makan semua coklat tu,sepantas tu,dalam satu masa.
okay nak muntah rasanya. 
pasai tu lah muka macam tu.
manisss oi. sampai ke tekak.-.-


Budak rajin.. hewhew -.-


sibuk gigibiru.

Intan. Wirawati malaysia :D

kami kawan. :)