them

Wednesday, May 29, 2013

kerjaya mulia.

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Bila la tarikh last diupdate blog sepi ni ye? :3

even tak sambung belaja lagi,still xada masa nak layan.

okay, berbalik kepada tajuk entry malam ni KERJAYA MULIA.

Hati ni nak sangat-sangat update pasal kerjaya seorang doktor dan jururawat.

Hari ni baru sampai melaka.
Dari klang,selangor.
HTAR, Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Tiga hari dua malam duduk sana.
Jadi peneman mak,yang menjalan kn rawatan disana.

Bila dah duduk kat hospital, baru jelas pandangan mata aku ni..
penat sungguh jadi doktor dengan jururawat ni..

Namun,sungguh.. doktor dan jururawat di wad 2A hospital disini sangat baik. tak ketinggalan jururawat pelatih yang bagus.

Doktor pakar,Dr Ragu
beliau sangat berjasa kat kita orang sekeluarga.
Setiap tutur katanya.. senyumannya.. kprihatinan nya.. sangat menyenangkan hati.

pernah satu hari
Abah sedang jalan masuk ke dalam wad dan doktor ragu,dalam perjalanan ke OT,nak opret orang.. agak suntuk masa beliau pada hari tu,namun.. bila berselisih dengan abah, then abah senyum  dan ambil kesempatan untuk bertanyakan kesihatan mak.. beliau sedikit pon tidak menolak dan masih bermanis muka melayan dan menerangkan kepada abah dengan cara yang sopan dan teliti. masih boleh tersenyum dan ketwa. beliau sungguh menghormati pesakit dan keluarga pesakit. sungguh mengharukan.

Bukan setakat Dr Ragu.. bahkan MO kat sana semua sangat baik.

Dua orang doktor bebangsa india yang tegas dengan doktor pelatih,tetapi sangat ramah dengan pesakit.

satu daripadanya.. aku gelar beliau sebagai doktor cantik. :)

Doktor cantik..
hehe.. mak je faham kalau wa cakap,mak doktor cantik dah datang.. :)

Doktor cantik sangat cantik bila tersenyum.. barisan giginya yang rata tu lah rahsia nya.. ehe,

" kamu kena layan pesakit macam keluarga kamu,barulah kamu akan faham kesakitan yang dirasai pesakit "

KATA-KATA KERAMAT DOKTOR CANTIK pada seorang doktor pelatih..

0 comments: