them

Tuesday, July 9, 2013

Ramadan :)



Assalamualaikum.

Salam ramadan. 

Esok kita semua dah mula berpuasa kan?
bersyukurlah kita sekurang-kurang kita masih bertemu lagi dengan ramadan tahun ni :')


Sabda rasulullah S.A.W

"Sesiapa yang mengidupkan ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala,nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu"

-riwayat bukhari dan muslim-



Antara perkara yang perlu diambil perhatian sepanjang bulan mulia ni :

1.Bersahur pada waktunya.

"bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan "


2.menyegerakan berbuka

Rasulullah bersabda

"sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang mereka menyegerakan berbuka"



3. Bersederhana ketika berbuka

4.menunaikan solat pada awal waktu secara berjemaah

Amalan terbaik ialah solat pada awal waktunya


5. memperbanyakan doa.

"sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya adalah waktu doa yang tidak akan tertolak"

-Riwayat ibnu majah-


6.mengawal setiap perkataan dan perbuatan






0 comments: