them

Tuesday, March 18, 2014

Hari semalam.

Assalamualaikum.

Lama sangat dah aku tak post apa-apa. Agak sibuk and jugak dekat kolej aku xde liputan wifi percuma, if balik rumah pun still x sentuh blog niy.

Nak ikot kan banyak  je cerita aku nak kongsi. Hari ni hari rabu, but aku kat rumah.. melepak sesorang dalam bilik, minggu ni study week rasanya kalau xada aral. malam ni nak suruh abah tolong hantarkan balik lendu. Dah nak final dah aku. semester satu aku kat uitm lendu tu nak berakhir dah. Lepas cuti semester, nak sem ke2 aku pindah dah kat uitm seremban 3. Kampus baru, luar dari melaka. Aku sendiri tak percaya aku akan tinggal luar dari melaka, tinggal dekat sini pun setiap minggu nak balik. kat sana nanti . haa, tengok jela..

SEREMBAN 3.

Bakal rumah baru aku, dah tengok dah dalam gambar, cantik tempatnya. well, tempat baru kan? yang pasti ia tak akan sama dengan kat lendu. Sebenarnya aku sayang nak tinggal kan lendu. Aku dah selesa tinggal sana.. yela ada nathra, dua orang rumet aku yang baik tu.jiran depan bilik aku yang best gila tu.. kawan satu kolej, kawan satu koku. hmm. 

Kat sana nanti , satu bilik akan tinggal 4 orang,cara pemilihan rumet, datang je 4 org sekali.. dapat la satu bilik. Tapi aku tak tahu siapa rumet aku . Kawan kelas semua dah genap geng diaorang, aku kira redaa jela nanti. tapi ada sorang budak dipac jugak, tapi kelas lain dia ajak aku sebilik. ehe serius dia sweet and manja.
so aku okay ajela. Dia ok so tak kisah nak sebilik dengan dia. Yang paling penting dia dah siap offer nak kejut kan aku bangun setiap pagi . hee. 


18 march 2014.

Tu tarikh semalam, dan tu jugak tarikh Lahir mak... :'(
Ini lah kali pertama aku sambut hari kelahiran mak tanpa kehadiran mak.

lepas je pukul 12.. masuk je hari semalam. sayu hati aku..
aku menangis sesorang dalam selimut. menangis semahunya aku sampai aku terlelap.

aku rindu kan mak .

pagi bila aku bangun mata aku bengkak gila, dan abah nampak, tapi abah tak tanya.. sebab aku rasa abah tahu..

Semalam satu hari, aku langsung tak ada mood. aku sedih sangat. aku rasa mood aku tak stabil je semalam, ada je aku nak mara,aku macam marah kat semua orang, ada je aku nak ngeluh. hati aku tak nak buat apa-apa.. aku macam orang hilang akal pun ada. tertekan aku semalam. bila masuk bilik mak.. aku tak boleh duduk lama pun, aku tengok gambar mak dan kelaur. aku cuba study. tapi aku rasa tak masuk. akhir sekali aku amik keputusan untuk tidur..

Aku tertekan dengan perasaan aku.
Aku rindu kan mak lebih dari segalanya.
Aku masih berharap mak datang dalam mimpi aku.
Aku , dah berapa hari dari jumaat lepas asyik teringat saat mak gelisah cuba nak tarik nafaas , masa kali terakhir aku lihat wajah mak sewaktu mak masih bernyawa.
Sungguh aku semuanya buat aku sedih.

aku tak rasa ada orang faham, macam mana aku aku bergelut dengan perasaan aku sendiri. Mungkin semua nya tak tergambar kat muka aku, tapi aku punya hati yang menderita rindu kan insan yang paling aku sayang...

Bilamana aku lihat kebahagiaan kawan kawan aku cerita pasal mak diaorang, dengar apa mak diaorang masak, dengar rumet aku berbual and gelak dalam fone lama-lama dengan mak diaorang. Sedang aku cuma jadi permerhati dan pendengar sahajaa.
aku  pula cuba berusaha menerimanya walaupun aku harus paksa hati aku untuk terima.Aku tumpang bahagia tengok senyuman diaorang yang terukir sebab kan mak diaorang. :') alangkah bertuah.


Bila ada dekat lendu, aku nak balik rumah. Aku rindu kat mak, rindu suasana rumah.
Bila sampai rumah, setiap sudut rumah ni ada kenangan mak, aku jadi tambah rindu kan mak.

Jadi macam mana.. 

0 comments: