them

Sunday, November 9, 2014

Berhenti berdegup


Aku tengok cerita ni sebab kawan kata best. Tapi diaorang tak pulak kata cerita ni watak nya sakit kanser.

Ingatan aku balik semula masa malam tu. Mak tengah ready nak tolak icu.nurse dengan doktor pasang oksigen dan macam2 benda yang aku tak tahu lagi disebalik langsir tu.

Masa menunggu. Masa ni aku tak menangis. Tahu kenapa? Aku sedikit pun tak rasa mak sedang hampir tinggalkan aku. Aku xjangka langsung.Benda tu tak terlintas dalam fikiran aku. Aku tahu mak agak teruk. Hati anak mana je nak ngaku mak tengah teruk nak tolak icu sebab nak meninggal. Ape yang aku tahu. Mak akan okay masa tu. Akan bertambah baik lepas tolak icu. :'D

Tiba-tiba ada doktor india. Rasa dia doktor pakar. Panggil nak jumpa aku dan along.

Dr: dr ragu ada cakap apa apa dengan awak? Awak tahu kanser mak awak dah merebak ke dalam hati . Perut. Hati mak awak dah rosak.

Aku: tahu. Tahu tu semua doktor ada cakap...

Aku beria juga terangkan dekat doktor tu tentang persiap doktor ragu nak buat chemo terbaru untuk mak. Pakai ubat chemo baru dari hospital kl. Cerita segala detail dekat doktor tu. Sebab masa tu aku igt.. mak sangat gembira dan bersemangat nak jalan chemo baru..

"Yati. You kena kuat. Semua dah siap isnin kita buat chemo baru"

Doktor ragu, doktor pakar sakit puan yg handle kes mak cakap. Aku senyum. Serius senyum bila mak sungguh2 angguk kepala. Kata okay. Siap genggam tangan bersungguh... mak bersungguh2 nak baik. Sedang aku tahu. Aku pernah nampak.. Mak pernah menangis teresak-esak peluk abah kata tak tahan dengan sakit ubat chemo. :'( tapi untuk chemo terbaru ni mak tetap semangat.. :')

Masa aku terang tu semua dgn dktr pakar tu.. dia angguk kata iye semua. Sampai lah..
Dia kata.

Awak tahu jugak kanser mak awak dah teruk merebak dan dia dah pergi ke jantung mak awak.. bilaa dia dah pergi kejantung jantung tak boleh tahan.

Sepanjang aku dengar tu semua aku diam je. Aku masih okay dengar doktor tu cerita panjang2. Tapi bila tiba tahap doktor tu kata. PERGI KEJANTUNG DAN JANTUNG TAK BOLEH TAHAN. Aku terus menyampuk.

Sebenar nya aku tanpa sedar. Otak aku seakan rasa tak kena dengan kenyataan tu.. aku tanya dari luar sedar aku.

DAH BERHENTI KE? JANTUNG MAK DAH BERHENTI? Doktr tu nampak terkejut. Dia mungkin tak sangka aku tanya. Masa tu apa yang aku dengar along panggil mak.. bunyi lansir ditarik. Aku nampak along lari pergi kat mak terbaring kaku..

Masa tu aku masih berdiri. Aku hilang punca. Aku cuma tak percaya. Bila nurse tu tarik aku . Datang dekat dengan mak. Aku paling dari mak..dan pandang semua doktor yang ada. Aku jerit buat something dekat mak. Semua diaam. Aku rasa. Nurse peluk aku.. pujuk aku. Aku tak ingat dah ape dia pujuk masa tu. Aku tahu aku dah menangis. Kaki aku lemah sangat.. seumur hidup aku tak pernah rasa selemah tu. Aku melutut. Aku menangis panggil mak.. dengan keadaan melutut tu lah aku bergerak pergi ke katil mak...

0 comments: