them

Saturday, January 16, 2016

001 Akak

Kenangan hari pertama akak nak daftar Utem.

Masa pagi tu aku masih tidur,lena
Dalam lena aku tidur
Aku terjaga
Dek kerana dengar tangisan.

Ye. Pagi tu akak menangis sorang sorang kat kaki katil. Aku yang mamai masa tu tanya la, kenapa kau nangis?

Dia dalam esak nangis jawab..
"Aku sedih mak tak dapat ikut daftar aku".

Masa tu aku terus segar dah. Aku pun sedih tengok dia macam tu.

Aku tanya mak mana? Rupanya mak suruh abah hantar mak balik kampung masa awal subuh masa semua tengah tidur.

Masa tu aku tambah sedih, bila sedar mak sebenarnya lagi sedih sebab dia sakit and tak larat pun nak ikut daftar anak dia pergi universiti. Dia xkuat sungguh pun nak hantar setakat pintu rumah kami.. sebab tu mak suruh abah hantar dia oergi rumah nenek masa anak anak dia tengah lena.

0 comments: