them

Thursday, December 25, 2014

Tak kenal maka tak tahu. Keke

Perbualan aku dgn kawan kelas.

Dia: wa lecturer kita garang?

Aku: dia baik. Jangan risau.

Dia: baik macam mana?

Aku: baik macam aku *senyum*

Dia: ....... err

Aku: kenapa? Aku tak baik ke?

Dia: bukan la. Cuma kau kan melaka.. melaka kan cakap kasar..

Aku: pernah ke aku cakap kasar dengan kau? *senyum*

Dia: takk..

Aku : tahu punn.

Sunday, December 14, 2014

Sure

"Be close to Allah and eventually happiness will be with you. InsyaAllah"

Thursday, December 11, 2014

Mak

Hari ni aku tocang sendiri rambut lepas 1 tahun lebih mak xada. :')

Lepas mak meninggal aku xpernah tocang rambut sendiri. Even aku tahu. Aku cuma xnak. Sampai lah satu hari kat lendu dulu. Umi dia teringin sgt nak tocang rambut aku. Sebenarnya aku tak nak sebab sedih teringat mak. Tapi xsampai hati nak hampa kan umi. Sebab jannah cakap dia dah berapa kali sebenarnya cakap nak buat.


Aku sanggup simpan rambut dari form 2 sampai form 5 semata mata nak manja2 suh mak tocangkan or siput kan sebelum pergi sekolah dulu. Kena bebel jugak tapi buat tak faham jela :'D ehe

Sebenarnya bukan aku je tak tocang rambut. Lepas mak tak ada along akak pun xbuat. Rasanya alasanya sama je dengan aku.

Monday, December 1, 2014

Eit

Jantung aku laju sangat masa tu sampai aku tak boleh pandang betul betul muka kau dan senyum betul betul dekat kau masa tu. Even aku nak.

Maaf. Ehe.

Nanti aku baca sampai habis okay novel tu. Thank youu so much.

Saturday, November 29, 2014

Awak

:)

Sunday, November 9, 2014

Berhenti berdegup


Aku tengok cerita ni sebab kawan kata best. Tapi diaorang tak pulak kata cerita ni watak nya sakit kanser.

Ingatan aku balik semula masa malam tu. Mak tengah ready nak tolak icu.nurse dengan doktor pasang oksigen dan macam2 benda yang aku tak tahu lagi disebalik langsir tu.

Masa menunggu. Masa ni aku tak menangis. Tahu kenapa? Aku sedikit pun tak rasa mak sedang hampir tinggalkan aku. Aku xjangka langsung.Benda tu tak terlintas dalam fikiran aku. Aku tahu mak agak teruk. Hati anak mana je nak ngaku mak tengah teruk nak tolak icu sebab nak meninggal. Ape yang aku tahu. Mak akan okay masa tu. Akan bertambah baik lepas tolak icu. :'D

Tiba-tiba ada doktor india. Rasa dia doktor pakar. Panggil nak jumpa aku dan along.

Dr: dr ragu ada cakap apa apa dengan awak? Awak tahu kanser mak awak dah merebak ke dalam hati . Perut. Hati mak awak dah rosak.

Aku: tahu. Tahu tu semua doktor ada cakap...

Aku beria juga terangkan dekat doktor tu tentang persiap doktor ragu nak buat chemo terbaru untuk mak. Pakai ubat chemo baru dari hospital kl. Cerita segala detail dekat doktor tu. Sebab masa tu aku igt.. mak sangat gembira dan bersemangat nak jalan chemo baru..

"Yati. You kena kuat. Semua dah siap isnin kita buat chemo baru"

Doktor ragu, doktor pakar sakit puan yg handle kes mak cakap. Aku senyum. Serius senyum bila mak sungguh2 angguk kepala. Kata okay. Siap genggam tangan bersungguh... mak bersungguh2 nak baik. Sedang aku tahu. Aku pernah nampak.. Mak pernah menangis teresak-esak peluk abah kata tak tahan dengan sakit ubat chemo. :'( tapi untuk chemo terbaru ni mak tetap semangat.. :')

Masa aku terang tu semua dgn dktr pakar tu.. dia angguk kata iye semua. Sampai lah..
Dia kata.

Awak tahu jugak kanser mak awak dah teruk merebak dan dia dah pergi ke jantung mak awak.. bilaa dia dah pergi kejantung jantung tak boleh tahan.

Sepanjang aku dengar tu semua aku diam je. Aku masih okay dengar doktor tu cerita panjang2. Tapi bila tiba tahap doktor tu kata. PERGI KEJANTUNG DAN JANTUNG TAK BOLEH TAHAN. Aku terus menyampuk.

Sebenar nya aku tanpa sedar. Otak aku seakan rasa tak kena dengan kenyataan tu.. aku tanya dari luar sedar aku.

DAH BERHENTI KE? JANTUNG MAK DAH BERHENTI? Doktr tu nampak terkejut. Dia mungkin tak sangka aku tanya. Masa tu apa yang aku dengar along panggil mak.. bunyi lansir ditarik. Aku nampak along lari pergi kat mak terbaring kaku..

Masa tu aku masih berdiri. Aku hilang punca. Aku cuma tak percaya. Bila nurse tu tarik aku . Datang dekat dengan mak. Aku paling dari mak..dan pandang semua doktor yang ada. Aku jerit buat something dekat mak. Semua diaam. Aku rasa. Nurse peluk aku.. pujuk aku. Aku tak ingat dah ape dia pujuk masa tu. Aku tahu aku dah menangis. Kaki aku lemah sangat.. seumur hidup aku tak pernah rasa selemah tu. Aku melutut. Aku menangis panggil mak.. dengan keadaan melutut tu lah aku bergerak pergi ke katil mak...

Friday, October 31, 2014

😔

Friday, October 10, 2014

X de keje

Wa comel
#hackbyteha

Thursday, October 9, 2014

Kongsi bersama

TAZKIRAH:
USAH BERSEDIH
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...
ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN.
Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakan jika tidak keberatan......
(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir..)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
7 Amalan seharian
①. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
②. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
③. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
④. Mengucap In Shaa Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
⑤. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
⑥. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
⑦. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
″Semoga allah melapangkan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah buat sahabat yang mengucapkan

Tuesday, October 7, 2014

Live the life

Friday, October 3, 2014

Tryin my best :'(

Sunday, September 21, 2014

None

Wednesday, September 17, 2014

Bersyukur

Leganya.. syukur sebab semuanya dah berakhir. Semoga lepas ni.. xde lagi dugaan mcm yg ni jd lagi. Mula2 dapat tahu okay. Sumpah tprnjat. Bgenang air mataaa. :'(


Bila malam nak tidur xboleh sebab susah hati. Fikir keadaaan nya cm mana. Smpai nk kul 4 pagi jgk br lelap. Bkk wc npk gmba2.Lagi je rasa sedih.. risaunya tak tahu nak cakap cm mana.

Tpi dh oke. Ni Nak text tanye. Tapi rasa xpela.. tkut xselesa la pulak lau wa text..

Ape pun wa betul happy semua dah oke. Alhamdulillah.


Saturday, September 13, 2014

Terkedu

Ya allah permudahkan lah segalanya. Ya allah dengarkan la doa hambamu yang menangung kesalahan daripada kesalahan orang lain.. Andai selama ini kami leka. Kami alpa. Ampunkan la kami. :'(

Friday, September 12, 2014

Tangle



Ppl used to know that i like to smile and laughing when im around them yes i do. Because im enjoying my time with others.

But when the night come. All the pain and the bad feeling i have come all the way. That hurt me soo much. Cz i had to face this alone. I do cry alot when im alone. This all i can do.

I know ppl come and go. I hate that. Why ? Why shld ppl come and go? Just stay. Too many ppl walks away from me. And few step in. Are they going to left me and i wonder if there is a time that i have no one wh0 willing to stay with me..??

Wednesday, September 10, 2014

Big day




Tengah study untuk quiz eco and dapat notie fb along tag gamba. Senyum tgok gamba canvo along. Hensemnya abah. :)

Lepas tu aku letak fone nak sambung balik stdy.. tiba2. Aku terbayang mak senyum lebar pakai cantik-cantik berdiri kat sebelah along dlm gamba atas tu.

Sedihnyaa. Dalam bayangan aku mak senyum happy sangat.

-letakpenseltarikselimutnangis-
Kelak aku convo nanti cm mana la pulak.. :')

Along

Esok along convo. Aku dpat rasakan yang dia sangat sedih mak x ada kat manjlis convo dia. Aku tahu dia sedih aku yang kenangkan ni pun dah sebak. Ini kan dia. "Mak paling gembira" sebaris ayat along ni buat aku menangis. Stay strong along. Abah akak adik nenek semua sayang and bangga dengan along. Along pernah cakap dia lah yang paling terbaik jaga emak sebab dia nurse. Iye along la nurse paling terbaik. Masa dekat hospital along bukan jaga mak je. Semua kawan kawan kanser mak pun along jaga kan. :')

-awayfromhome-

Sunday, July 20, 2014

Salam raya Salam rantau


Assalamualaikum.
salam ramadhan.
salam sejahtera.
salam perantau.


sihat tak semua hari ni? ugh aku jangan cerita la kepala ni pening dek bahana dua malam dah aku tak reti nak tidur sampai lah lepas subuh.

macam awal pagi tadi aku masih duk menghadap lapy dalam suasana yang sunyi sepi tetiba handfone melalak sumpah kuat gila. pasal aku gatal letak volume paling besar.
hehe.

rupanya abah call suruh bangun sahur. punya lah terperanjat . terperanjat abah tetiba call kejut bangun sahur.
actually bukan terperanjat sangat pasal abah suh bangun sahur tu,
tapi yang terperanjat bunyi phone kesayangan...

dengan..
syak abah tahu je aku buat benda dia tak kasi.
abah memang tak suka aku tidur lelewat ni.
yang aku pulak sampai dua malam melepak sampai lepas subuh baru nak reti tidur.

hehe. 
so macam rasa bersalah la ni.
abah maaf. bukan sengaja mata tak boleh lelap. :(

okay sudah sudah.

post kali ni nak cerita.

perasaan aku yang kini masih berada di kampung orang lain.

tak pernah tahu macam mana perasaan girang gembira menanti pulangnya ke kampung bila nak raya. pasal dulu kat melaka tiap kali raya pagi raya je.

bukak pintu jalan kaki tak sampai 2 minit dah sampai rumah nenek sebelah abah. 

kendian dah raya rumah nenek sebelah abah masuk kereta jalan dalam 15 minit dah sampai kampung nenek sebelah emak pulak.

dekat sangat sebab tu tak pernah rasa bila raya heboh2 nak balik kampung. perjalanan jauh..
hmm. memang takk la.


tapi tahun ni aku dah transit dari uitm lendu ke uitm seremban 3 ni. 
dah berapa minggu tak balik melaka.

tersadai kat kampus ni.
minggu depan 24 hb aku balik melaka.

tapi sampai sekarang rasa girang nak raya tu tak ada. 

semuanya sebab ni merupakan raya PERTAMA TANPA MAK..

aku tahu abah along akak and adik semua sama.

tadi aku wechat kat family group tanya ape je persiapan raya kat uma .

jawapan nya..

TAK ADA APE WA.

then aku reply . "okay"

suasana dah tak sama sebab keadaan dah berubah. aku tahu semua ni takdir dan kententuan yang maha esa. yang penting sekrang aku kena kuat hadapi semua ni dan kena selalu mendoakan kesejahteraan kedua orang tua aku.
..

Sunday, July 6, 2014

Hilang tiada berganti




Kau mungkin nampak kaki ini kuat berdiri
Kau mungkin nampak kaki ini pergi berlari
Kau mungkin nampak kaki ini menapak pergi
Kau mungkin nampak kaki ni melompat tinggi.

Namun kau tak akan faham rasa bagaimana kaki ini berdiri tanpa seorang emak.
Namun kau xakan faham bagaimana kaki ini menapak ke pusara emak.
Namun kau xakan faham bagaimana kaki ini pergi menimba ilmu tanpa tangan mampu mencium tangan seorang emak.

The love

Wednesday, June 11, 2014

Perasaan

Lokasi: kolej tercinta mayang selida
Mood: senang hati.

Assalamualaikum. 😊

Sihat? Wa xberapa na sihat. Al maklum cuaca sangat panas sekarang lebihkan minum air suam.
Semalam ex roomate wa jannah. Dia call.Dia pindah uitm tapah. Jauh kn? Syukur la katanye dapat sebilik ng kawan rapat dia juga. Bagus la tu.
Tgh otp tu tetiba ada someone amik fon and ckp dengan wa. Dia suruh wa teka dia siapa. Then wa macam blur. But lama sikit wa rasa macam huda.tapi wa xsebut. Dia sndri cakap.

Well huda ni kawan kelas jannah. First time wa jumpe dia. Peh. Dia lawa gila. Wa paling suka rambut dia. Cara dia cakap. Hee. And mula da hari prtama wa jumpa dia. Wa suka gilaaaa pandang dia.

Bukan na cerita wa ni suka sejenis. I masih waras (!) Maslahnya penampilan dia. Keperibadian dia sungguh memikat hati. Keke.

Dulu kat lendu kalau terserempak wa suka hi huda kat dia. And setiap kali. Dia akan blur sat. Telek sikit muka bulat wa. And hi wa! Hehe. Dia kata dia susah na cam wa kalau pakai tudung sebab first time jumpa dia dtg bilik wa. Mana la btudung masa tu. Hehe. But sikit pun wa x trasa hati.

Tapi kitaorg ta rapat tau. Segan. Masa last day wa na amik gmba dgn dia tapi dia balik awal kot. Sedih siot time uh. Ta tercapai hajat.

Sudah la jauh perginya sampai ke tapah. Tapi harap dpt jmpa lagi.
She just saying hi and i just too happy to hear that.

For jannah.
Stay strong syg kat tempat barum kena lebih minum air. Katanya tapah panas gila kan. Try la jugak makan sayur. Ish. Makcik sorang ni memang LANGGSUNG ta makan sayur. Puas nasihat.
Jannah jangan jugak suka tidur kat lantai ta alas apa2. Wa da xde dah na letak bantal and selimut jannah lagi. Take care. Love you.

Monday, June 9, 2014

Kampus baru

Assalamualaikum.
Lokasi: uitm negeri sembilan kampus seremban 3.
Mood: bosan tahap dewa.

Secara rasminya wawa dah daftar kampus baru ni semalam. Hari2 mendatang di kampus baharu ni moga Allah permudahkan lah.

Alhamdulillah ,syukur sungguh pun xdekan sem satu lepas pointer yang wawa dapat luar dari jangkaan. Trrsenyum sejenak bila teringat. Sebenarnya kawan kawan banyak tolong wawa. Terima kasih korang. Kasi wa join study group korang. Im nothing without all of you.

Secara jujur aki rindu suasana lendu. Sungguh pun bilik kampus baru ni besar selesa. Satu bilik 4org. Katil asing-asing. Bilik air ada. Tapi disebabkn dah terbiasa kan.

Sekarang mula la misi baru. Nak rapat kn diri dengan rumet baru. Kawan baru .Nak biase kn diri tinggal tingkat 9 ni. Nak kenal bangunan betul betul.

Hari ni xada kelas smpai la khamis. Punya la bosan. Xada ape nak dibuatnye.

Tempat baru ni masalah dia satu la. Ada juga kelengkapan xada. Benda paling penting dia ialah. Tiada ATM disedia kan. Hambar gila tang yang ni. Cepat2 la sedia kn. Benda penting ni.

Sunday, May 18, 2014

Hari lahir ke 19 tahun




Assalamualaikum.
18mei 2014.
Hari ni birthday aku. Tapi.

Birthday tahun ni. Aku sedih. Banyak perkara. Terutama sekali mak..

Makk semua dah lain. Kalau dulu mak wish birthday wa. Mak ingat kan abah..
"Bang.. hari ni hari jadi anak awak" sambil buat muka manja.


"Mak.. hari ni hari jadi wa"
"Pergi suh abah belanja"
"Mak cakap kan ng abah"

Dulu mak ada.. semua nya bermakna.
Wa xkan sedih macam sekarang. Menangis macam ni..
Wa sunyi mak..
Wa sunyi sangat..
Bila kadang2 abah marah wa. Wa nak makk..
Wa xnak nangis sorang sorang macam ni..

Wednesday, May 7, 2014

The past. Now. Alone without you.

" I DO REALLY MISS you".


But i cant even know how to get us back to how we

Used to be...

Feeling like you no longer like to texting me.

Because.. theres no text from you. Not even a simple wish for good night or good morning.

Assalamualaikum.

Sunday, April 27, 2014

Okay .

Sebenarnye aku boleh je cakap terus terang dari dulu apa yang xkena. Aku takut nanti kau yang kecik hati.

Aku diam selama ni,just xnak kau kecik hati.. yang perangai kau yang stu ni la punye dari dulu..

Aku bia kai fikir aku ni jahat gila. Aku rasa aku dah berjaya kan?

Dari awal sampai pengakhirannya. Kau masih sama dengan perangai kau yang satu ni..

Sebab tu aku lebih memilih untuk diam dan dengar semua tuduhan kau yang betul betul buat hati aku sakit.

Aku tahu hati aku mana mungkin sepenting hati kau. Well. Bia aku yang sakit hati asal kan kau puas dengan tanggapan.. tuduhan melulu kau.


Asal kau tahu aku kau tuduh.
Kau cakap macam macam.

Kau ada masalah dengan orang lain. Dan aku pula rapat dengan dia. Dan kau tanpa pakai otak.. melulu tuduh aku terlibat sama.

Asal kau tahu.. masa hari tu.. aku lepak rumah kawan aku dari pukul 1lebih sampai 6 lebih.. aku lama xjumpa dia aku berbual gelak gelak dengan dia. I do have a great time with her.


Then. Bila malam aku aktif wechat.
Kau boleh tuduh terus yang aku terlibat sama?
Wehh. Hampir separuh hari aku x layan wechat or conctact sesiapa kecuali shini. Kau memang rosak kan mood and hari indah aku.

Kau boleh tuduh aku yang buat dan terlibat sama?
Bagus. Aku memilih untuk diam.

Dan bia kan sampai mati kau fikir aku . Aku yang buat. Baru kau puas kan.

Sebab kalau nak becakap dengan orang macam kau ni. Tak akan ada penghujung.

Saturday, April 26, 2014

Berbeza. Tapi melengkapi.

Aku taip post ni dalam keadaan aku tengah marah. Serius aku marah. Aku marah kan kau. Aku benci macam mana kau berbangga. Kau lupa. Kau hina. Mereka yang dulu. Kau pernah panggil kawan.


Kau xlayak ! Langsung xlayak nak jadi kawan dia. Sebab orang macam kau belum tentu tahu menghargai insan yang begelar kawan.

Fikiran kau kolot tahu. Hidup kat malaysia. Satu dunia tahu yang negara yang kau hidup ni.. berbilang bangsa. Heh. Dan kau masih nak bersikap macam tu?

Aku xtahu. Kau semesti nya bukan . Samaa.. macam yang aku kenal dulu.

Aku cuma benci. Kau sakit kan hati.. kau luka kam hati kawan aku.. yang selama ni masih menghrapkan yang terbaik untuk kau..

Just sebab dia lain bangsa dengan kau.. kau sesuka nak cakap something yang buat dia terasa.

Kalau kau na racist. Kau ingat kau boleh hidup dengan fikiran kolot kau tu!!. Pergi jalan.. jalan la sesorang dalam dunia kau tu. Teruskan kan berjalan. Dan jangan kau toleh lagi kat aku.. or kawan aku tu.

Sunday, April 20, 2014

dari hati.

NAJWA MINTA MAAF.

Tiga kata yang memang datang dari hati.

Semua jasa baik , apa apa je Najwa ucap terima kasih.




kesilapan yang x sengaja dibuat.

menyebabkan najwa ambil keputusan ni.

najwa tahu ia dilakukan secara tak sengaja.

najwa just xboleh terima.

apa pun jangan risau , sebab kesalahan tu najwa dah maaf kan. 


kita tetap kawan, jangan takut2 nak tegur or berbual dengan najwa lagi.

even ada kemungkinan besar yang post ini tidak dibaca atau 

diketahui.


Najwa tetap nak post kat sini.



Tuesday, April 15, 2014

Cuti cuti

Tuesday, March 18, 2014

Hari semalam.

Assalamualaikum.

Lama sangat dah aku tak post apa-apa. Agak sibuk and jugak dekat kolej aku xde liputan wifi percuma, if balik rumah pun still x sentuh blog niy.

Nak ikot kan banyak  je cerita aku nak kongsi. Hari ni hari rabu, but aku kat rumah.. melepak sesorang dalam bilik, minggu ni study week rasanya kalau xada aral. malam ni nak suruh abah tolong hantarkan balik lendu. Dah nak final dah aku. semester satu aku kat uitm lendu tu nak berakhir dah. Lepas cuti semester, nak sem ke2 aku pindah dah kat uitm seremban 3. Kampus baru, luar dari melaka. Aku sendiri tak percaya aku akan tinggal luar dari melaka, tinggal dekat sini pun setiap minggu nak balik. kat sana nanti . haa, tengok jela..

SEREMBAN 3.

Bakal rumah baru aku, dah tengok dah dalam gambar, cantik tempatnya. well, tempat baru kan? yang pasti ia tak akan sama dengan kat lendu. Sebenarnya aku sayang nak tinggal kan lendu. Aku dah selesa tinggal sana.. yela ada nathra, dua orang rumet aku yang baik tu.jiran depan bilik aku yang best gila tu.. kawan satu kolej, kawan satu koku. hmm. 

Kat sana nanti , satu bilik akan tinggal 4 orang,cara pemilihan rumet, datang je 4 org sekali.. dapat la satu bilik. Tapi aku tak tahu siapa rumet aku . Kawan kelas semua dah genap geng diaorang, aku kira redaa jela nanti. tapi ada sorang budak dipac jugak, tapi kelas lain dia ajak aku sebilik. ehe serius dia sweet and manja.
so aku okay ajela. Dia ok so tak kisah nak sebilik dengan dia. Yang paling penting dia dah siap offer nak kejut kan aku bangun setiap pagi . hee. 


18 march 2014.

Tu tarikh semalam, dan tu jugak tarikh Lahir mak... :'(
Ini lah kali pertama aku sambut hari kelahiran mak tanpa kehadiran mak.

lepas je pukul 12.. masuk je hari semalam. sayu hati aku..
aku menangis sesorang dalam selimut. menangis semahunya aku sampai aku terlelap.

aku rindu kan mak .

pagi bila aku bangun mata aku bengkak gila, dan abah nampak, tapi abah tak tanya.. sebab aku rasa abah tahu..

Semalam satu hari, aku langsung tak ada mood. aku sedih sangat. aku rasa mood aku tak stabil je semalam, ada je aku nak mara,aku macam marah kat semua orang, ada je aku nak ngeluh. hati aku tak nak buat apa-apa.. aku macam orang hilang akal pun ada. tertekan aku semalam. bila masuk bilik mak.. aku tak boleh duduk lama pun, aku tengok gambar mak dan kelaur. aku cuba study. tapi aku rasa tak masuk. akhir sekali aku amik keputusan untuk tidur..

Aku tertekan dengan perasaan aku.
Aku rindu kan mak lebih dari segalanya.
Aku masih berharap mak datang dalam mimpi aku.
Aku , dah berapa hari dari jumaat lepas asyik teringat saat mak gelisah cuba nak tarik nafaas , masa kali terakhir aku lihat wajah mak sewaktu mak masih bernyawa.
Sungguh aku semuanya buat aku sedih.

aku tak rasa ada orang faham, macam mana aku aku bergelut dengan perasaan aku sendiri. Mungkin semua nya tak tergambar kat muka aku, tapi aku punya hati yang menderita rindu kan insan yang paling aku sayang...

Bilamana aku lihat kebahagiaan kawan kawan aku cerita pasal mak diaorang, dengar apa mak diaorang masak, dengar rumet aku berbual and gelak dalam fone lama-lama dengan mak diaorang. Sedang aku cuma jadi permerhati dan pendengar sahajaa.
aku  pula cuba berusaha menerimanya walaupun aku harus paksa hati aku untuk terima.Aku tumpang bahagia tengok senyuman diaorang yang terukir sebab kan mak diaorang. :') alangkah bertuah.


Bila ada dekat lendu, aku nak balik rumah. Aku rindu kat mak, rindu suasana rumah.
Bila sampai rumah, setiap sudut rumah ni ada kenangan mak, aku jadi tambah rindu kan mak.

Jadi macam mana.. 

Friday, January 17, 2014

Hanya Allah sahaja yang tahu.

Assalamualaikum.

Sabtu.
13/10/2013.
2.50pagi.

Hospital tengku  ampuan rahimah klang.

Pada hari tu la, tarikh tu la, masa tu la, dan kat tempat tul la..

Mak menghembuskan nafas yang terakhir..

tak ada kata yang mampu aku gambarkan, betapa sedihnya aku masa tu.

bila  kain langsir diselak, aku nampak mak. ye mak..

mak yang melahir kan aku.

mak yang selama ini menjaga aku..

mak yang insan yang paling aku sayang, terbaring kaku..,

aku jerit. aku marah doktor suruh buat something kat mak. semua kat situ mendiam kan diri, ape yang aku dengar cuma tangisan aku sendiri.. dan rintihan along panggil mak.

aku seakan akan tak percaya, mak dah pergi meninggal kita orang.

aku pandang muka mak. luluh hati aku tengok mak, tuhan sahaja yang tahu.
ketika tu aku tak mampu berdiri lagi.

aku melutut sambil menangis.

lemahnya aku ketika tu. aku terpaksa bergerak menghampiri katil mak dalam keadaan melutut sebab kaki aku tak mampu nak berdiri lagi. nak berjalan.

lama aku pandang kaki mak, aku takut nak pegang mak.. aku takut badan mak dah jadi sejuk.. sebolehnya aku masih berharap mak masih hidup. seakan tak mau terima kenyataan

aku gagah kan jugak hati pegang kaki mak. masa tu, badan mak xsejuk.. badan mak masih hangat, tak macam yang aku rasa semasa cium arwah datuk dulu.

dari kaki aku beralih ke tangan.. akhir sekali ke wajah mak.

Sepanjang aku hidup aku pernah rasa sedih sangat..tapi aku tak pernah sangka perasaan tersangat sedih melihat muka mak ketika tak benyawa boleh seteruk ni. aku tak tahu nak gambarkan macam mana

sumpah aku tak kuat nak tatap wajah makk.
ape aku buat duduk pandang tangan mak dan menangiss..sebelah mak.

sepanjang tunggu abah sampai dari melaka, aku dan along je yang ada kat klang, tak lama lepas tu abang sepupu aku datang, along ng abang xbagi aku nangis.

Ya Allah. ape kan daya aku sungguh pun aku cuba tahan, air mata aku tetap mengalir.

Bila abah smpai je klang, along langsung tak bagi aku mengis, jangan menaglir pun air mata tu. along kata kesian dekat abah..aku cekal kan hati. aku duduk dekat katil sebelah katil mak. aku tahan air mata. aku nampak abah masuk wad, jalan kearah kita orang. abah tersenyum nipis bila pandang pandang aku. aku diam.


bila abah sampai je kat mak..

"atie..." lembutnye suara abah panggil mak. hancur hati aku dengar. aku nampak abah nangis. aku tahu hati abah pun hancur sama. abah yang paling lama hidup dengan mak.

lepas berapa hari mak pergi pun, setiap malam sebelum tidur aku tengok muka abah tengah baring.. aku masih terdengar panggilan abah masa panggil mak tu..

sedihnyee aku.

Bila mak, kita orang semua sampai melaka. aku tengok semua menangis, semua datang peluk aku.. aku tahu semua cuba bagi kekuatan kat kita orang adik beradik. aku nampak kawan -kawan sekolah aku. aku tak sangka diaorang semua datang sungguh pun ada yang tak rapat dengan aku. aku cuba senyum.


sementara tunggu kubur siap. aku tak mampu pun nak duduk dekat dengan mak, aku cuma duduk dekat dengan kaki mak. aku sedih sangat sangat. aku tak kuat macam along macam akak, nak duduk sebelah wajah mak. lemahnye aku.

bila nak mandi kan mak, aku pergi jugak. even aku tak pandai, aku masih nak aku dan along, akak yang mandi kan mak.. along dia tahu.. disebabkan aku tak tahu.. dan aku xnak mak sakit, aku cuma siram air dan gosok bahagian kaki  mak sikit sikit je.selebihnye along, akak dengan mak cik surau tu yang buat. sepanjang mandi, aku dengar along berbual dengan mak.. sedih kann. along cakap " mak kita mandi ye ".

selesai je mandi, mak dah nk gerak g kubur, kubur dengan rumah tak jauh pun.. kubur mak sebelah kubur atuk.
abah cakap dulu mak pernah cakap ng abah yang kalau mak pergi, dia nak kat sebelah atuk..